Wednesday, June 20, 2012
Tanah 10 Ekar berhadapan Projek POIC untuk dijual
0 comments Posted by Ruhainah Radin As-sobahiyyah at 12:02 PM
Friday, May 15, 2009
Ya Qahhar..
Diri ini roda berputar
Tatkala iman sentiasa sinar
CintaMu ku damba..
KasihMu ku dakap….
RahmatMu ku pinta..
RedhaMu ku harap..
Lantas..
Pintaku seakan nyata..
RahmatMu, Engkau tebarkan luas..
Walau tahu tanpaku pinta
Engkau tetap Maha Pemurah
Di hamparan alam maya
Engkau hadirkan dirinya..
Menjadi wasilah..
Menguji hati adakah setia..
Ya Allah..
Hadirnya kasih tanpa diduga..
Tanpa sedar lahirnya rasa
Padanya insan bernama manusia
Menguji hati adakah teruja
Atau lupa pada CINTA UTAMA
Ya Rabbi…
Hati ini ada kasih
Ada sayang yang tegar bersulam
Ada rindu yang kian bersemi..
Untuknya seorang Adam..
Ya Hayyu..
Diri ini musafir pasrah
Di bumimu mencari pohonan teduh..
Mengharap kasih seorang hamba..
Walau tahu hatinya satu..
Ya Wahhab..
Hanya Engkau Maha Sempurna
Hanya padaMu ku sandar harap..
Perkenankanlah segala doa
Kabulkanlah segala pinta..
Kuatkanlah hati ini dalam mujahadah
Sungguh diri tiada kuasa
Tiada daya..
Duhai Allah
Inginku kembali waktu itu
Saat tenangnya hati dalam perhatianMU
Saat sendu merayu rinduMU
Saat jatuhnya titisan mengharap redhaMu
Saat indahnya bersamaMU
Saat hati hanya untukMU
Ya Rabbul ‘Izzati..
Sungguh Engkau Maha mengetahui
Setiap yang zahir juga yang sembunyi
Andai hadirnya sebagai ujian diri…
Tarbiyah hati.
Kuatkanlah langkah ini menyusuri..
Agar tabah dan redha sentiasa menghiasi..
~21 Jamadil Awal 1430 / 16 Mei 2009~
7.32am : Gombak
Sunday, April 19, 2009

Semakin ingin ku usir
"Ya Allah..
Sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu dengan ilmu-Mu
Aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatan-Mu
Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak
Maka sesungguhnya Engkau berkuasa
Sedang aku tidak berkuasa
Engkau mengetahui
dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib
Ya Allah...
Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku
pada agamaku dan duniaku
dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang
maka tentukannya untukku
dan permudahkannya kepadaku
Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku
pada agamaku dan duniaku
dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang
maka elakkannya dariku
dan elakkan diriku daripadanya
tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada
Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu."
(HR At-Tirmizi dan Bukhari)
Thursday, April 9, 2009
Sunday, February 15, 2009
Senyum.. Usah merasa payah untuk senyum di kala hidup di landa ombak ujian. Hari semakin mendatang. Biarkan yang lalu menjadi sejarah. Namun usah dilupakan segala sengsara kerana ianya adalah suatu pengalaman yang membina. Pengalaman hidup itu adalah antara guru yang terbaik untuk diri. Amat berguna untuk meniti kehidupan yang mendatang. Maka senyum dan binalah hidup yang ceria.. =)
Sentiasalah bersangka baik.. Husnodzon pada apa yang menguji. Sekalipun perit untuk di tanggung, hakikatnya segala yang menguji itu adalah HADIAH dari Allah. Antara berjuta, engkaulah yang terpilih oleh-Nya. Maka seharusnya engkau bersyukur, kerana yang memilihmu bukan calang-calang, tetapi yang Maha Sempurna, Tuhan sekalian alam. SubhanAllah.. ^_^
Tuesday, February 3, 2009
Saat berlalu terlalu pantas tanpa ana sedari. Kesibukan yang melebihi waktu yang ada seringkali membuatkan ana terlupa banyak perkara. Benarlah, manusia itu fitrahnya “pelupa”.. Terungkai kalimah “manusia” dari kalimah “nasiya”..Lantaran itulah, manusia itu perlu diingatkan dan mengingatkan.
FirmanNya :- "Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat-menasihati dengan kesabaran." Q.S. Al “Asr ayat 1-3
Dalam kita mengingatkan orang lain, kita sebenarnya mengingatkan diri sendiri. Umpama satu jari kita arahkan kepada seseorang, tiga jari yang lain kembali kepada empunya diri. SubhanaAllah, terlalu banyak perkara yang tersirat yang perlu kita fikir bersama. Khususnya diri ana.. : (
Menyingkap hari semalam… Ana terima 2 inbox message dalam hp ana. Mata ana tertumpu pada satu nama. Ada riak sedikit terkejut. Ana baca dengan tenang… Saat ana membaca message tersebut.. rasa sayu dan bersalah merengut relung hati. Betapa ana semakin melupakan si “ibu”. Walaupun hanyalah ibu kepada seorang teman. Betapa mulianya hatinya. Menganggap ana sama seperti anak-anaknya yang lain. Tetapi, disebabkan kesibukan dan sebab-sebab tertentu, ana sudah jarang mengutusi khabar dan kata2 hikmah seperti hari-hari yang lalu…
Tiada kata yang dapat ana katakana melainkan ucapan kemaafan pada si ibu. Diri ini mengakui tidak seperti dulu. Sebagai seorang mar’ah, ana takut berlaku sesuatu yang di luar dugaan.. Takut menjadi diri sebagai “fitnah” dari mulut-mulut manusia yang pelbagai “warna dan corak” nya sekali pun rambut sama hitam. Sedaya upaya ana lebih mengambil langkah “menjauhi” dari diri di salah ertikan.
Istighfar ana atas segala keterlanjuran.. Rupanya diri terlalu emosi dengan apa yang berlaku. Bersangka tanpa asas. Ya Rahman, ampunilah dosa-dosa ini. Tiada niat hambaMU ini untuk menyakiti.. Sesungguhnya hanya Engkau Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Berulangkali ana baca message si ibu. Terasa sayu ana, si ibu meluahkan rasa.. mengharap pengharapan dari “anak” ini yang dianggap seperti anaknya… Tiap kali membaca message tersebut, tiap kali itu jugala ana rasa bersalah pada si ibu. Lantas ana hubunginya..
SubhanaAllah… kerinduan lalu terasa menerjah. Terasa ana ingin terbang kembali ke bumi sabah untuk bertemunya. Sedih dan sayu suara di hujung telephone. Meluahkan, menceritakan perihal anak-anak.. Memohon untuk sama-sama mendoakan anak-anaknya. Sungguh mulianya kasih si ibu pada si anak.. Memikirkan anak-anak sekalipun anak-anak seolah semakin jauh dari ibu dan ayah, berubah laku tidak seperti dulu.. Semoga Allah melapangkan hati si ibu dan memudahkan segala urusannya.
Untukmu sahabatku, segugus doaku buatmu jua untukku.. semoga menjadi anak yang soleh/ah kepada kedua ibu dan ayah.. Sama2 kita gunakan perluang yang ada ini sebaik-baiknya.. Tiada lagi ibu dan ayah yang dapat mengganti tempatnya melainkan mereka. Sesungguhnya Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Kasih ibu membawa ke syurga, sedang kasih ayah sepanjang masa..
Untuk sahabat ana yang dikasihi Allah, sama-sama kita hayati..
Langit kirmizi menghantar dirimu
menuju jalan pulang
bertabur di tanah kenangan
kau tatapi buat kali terakhir
mengundang air mata
keredahaan Allah terletak pada kerdhaan ayah ibu
yang ada di lubuk perkasihan
setiap saat di pangkuanmu
yang gugur kerana kesedihan
jika tiada keampunannya
pada dinding kepiluan
terlena di rajutan rindu
dapat mengganti hilangmu
mengisi relung hatimu
Thursday, January 22, 2009
Assalamu’alaikum wrt wbt..
Semoga senantiasa dalam dakapan Kasih Sayang Allah swt. Sentiasa ceria dengan senyuman, walau hati hanya Tuhan yang mengerti dan memahami. Sesungguhnya hanya DIA Maha Mengetahui hatta bisikan kecil sekalipun.
Begitulah fitrah insani, fitrah yang lahir dari sunnatullah yang Esa. Benarlah, setiap apa yang terjadi adalah keranaNYA. Maka kerana itu, sewajarnya kita menghayati setiap yang terjadi di sekeliling kita… Hayati dengan minda yang terbuka, namun dibawah garis panduanNya, agar kita tidak terbabas atau terleka dengan dunia kita sendiri yang pada kita, ianya suatu kebenaran. Kebenaran tanpa perhitungan..
Adikku…
Kecekalan dan ketabahanmu cukup membuatkan diriku mengagumi dirimu. Apatah lagi keceriaan dan keriangan yang terpancar di raut wajahmu. Sungguh, hadirmu satu Rahmat dari Allah swt. Di waktu ujian datang menerjah, terasa hilang musibah mendengar tawa manja dan kata nasihatmu. Syukur Ila Rabbi, dikurniakan adik sepertimu.
Adikku..
Hidup kita hanya sekali. Adanya yang kedua kali, namun peluang untuk kita sudah tiada lagi. Yang ada hanyalah perhitungan Allah dan destinasi kekal kita yang menanti. Hala tuju kita yang kita ukir sewaktu hayat kita di sini. Maka, waktu inilah kita perlu siapkan diri.. Warnai hala tuju kita di sana… Hitam atau putih segalanya dalam tangan kita... Berjalanlah di bawah panji Islam, barulah nantinya diri kita akan selamat, teratur dan sentiasa yakin tanpa sedikitpun rasa bimbang. Kerana sudah janji Allah dalam kitabNya,
“Dan adapun orang-orang yang berwajah putih berseri, mereka berada dalam rahmat Allah (Syurga), mereka kekal didalamnya” –al Imran:107-
Adikku yang disayangi Allah,
Indahnya dunia dengan Cinta. Bahagianya hidup seseorang kerana Cinta. Tanpa cinta seakan dunia mati. Segala isinya turut sunyi. Manusia seakan membenci kerana tiadanya kasih sayang dalam hati. Lantaran itulah jua Allah berikan 1 dari sifatNya yang Ar-Rahmah. DiberikanNya Ar-Rahmah Wa Mawaddah dalam hati yang kecil. Namun, kerana hati yang kecil itulah dunia tidak mati, hidup kembali berseri, manusia kembali berkasih.. Kerana itulah fitrah manusia terasa ingin disayangi, ingin menyayangi.. Justeru, kasih sayang yang macam mana? Cinta yang bagaimana? Semua itu juga perlu dititik beratkan, agar kasih sayang yang Allah kurniakan itu sentiasa mekar di bawah RedhaNya. Akan bertambah harum wanginya pula kerana kesuciannya. Tiada ternoda oleh tangan-tangan kemungkaran. Maka berputiklah pula kuntuman mawaddah yang lain dalam diri kita. Dengan cinta itu membawa hati kita pada Allah, langkah kita semakin dekat pada Allah swt dan terasa Allah swt sentiasa hadir setiap saat yang ada.
Adikku...
Kita selongkar hikmah dan ‘ilmu yang tersembunyi. Kita renungi dan hayati setiap yang terjadi. Sama-sama kita muhasabah diri kita atas apa yang terjadi. Mudah-mudahan dengan niat lillah, hati kita akan bertambah rasa kehambaan, akan sentiasa memujiNya.. Betapa ‘ilmu Allah itu Maha Luas, hatta daun yang gugur sekalipun, jika difikir dan dihayati sebab gugurnya... akan dapat memberi kesan pada sekeping hati.. Berfikir itu berdzikir. Ketika mana kita berfikir tentang Allah dan segala yang berkaitan denganNYA, samalah ertinya kita berdzikir.. Berdzkir itu pada lughanya (bahasa) membawa maksud mengingati sedangkan proses berfikir itu juga seiring dengan makna dzikir- “mengingati”. Lantaran itulah juga banyak kalam Allah yang menegaskan kita untuk berfikir. FirmanNya : “ Apakah kamu tidak berfikir?”
Untukmu adikku..,
Semoga dirimu sentiasa dalam keredhaan dan Magfirah Allah swt dalam setiap apa yang adik lakukan. Sentiasa diiringi dengan kemudahan dan pertolongan Allah swt. Semoga menjadi insan yang bertaqwa, yang hatinya sentiasa mengingati akan Agungnya Allah swt. Semoga menjadi anak yang solehah, yang menta’ati ibu bapanya. Utamakanlah ibumu.. utamakanla ibumu.. utamakanlah ibumu dan utamakan ayahmu dalam setiap apa yang adik lakukan.. Jadikanlah ibumu, ayahmu pakar kaunseling dirimu. Andai pengaduanmu pada Allah sudah adik laksanakan, jadikanlah pula ibumu jua ayahmu sebagai penasihatmu.. Jangan sekali-kali sakiti hati mereka. Namun, manusia tak kan terlepas dari kesalahan.. maka bersegeralah memohon keampunan dari mereka. Ketahuilah adikku.. Keredhaan Allah terletak pada redha ibu.. Jadikan dirimu model yang hasanah kepada keluarga, adik-adik yang disayangi... Semoga dirimu menjadi kebanggaan keluarga.

Salam perjuangan dari akak. Wassalamu’alaikum wrt wbt.



.jpg)