? ??????????????It's The Music? ????? ?? ???Rating: 4.6 (25 Ratings)??27 Grabs Today. 9399 Total Grabs. ??
????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????????????????????????Chanel is Love? ????? ?? ???Rating: 4.9 (58 Ratings)??26 Grabs Today. 22083 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 22, 2009

@}-- Ku titipkan untukmu adikku --{@

Bismillãhir Rahmãnir Rahiim…

Assalamu’alaikum wrt wbt..

Semoga senantiasa dalam dakapan Kasih Sayang Allah swt. Sentiasa ceria dengan senyuman, walau hati hanya Tuhan yang mengerti dan memahami. Sesungguhnya hanya DIA Maha Mengetahui hatta bisikan kecil sekalipun.

Begitulah fitrah insani, fitrah yang lahir dari sunnatullah yang Esa. Benarlah, setiap apa yang terjadi adalah keranaNYA. Maka kerana itu, sewajarnya kita menghayati setiap yang terjadi di sekeliling kita… Hayati dengan minda yang terbuka, namun dibawah garis panduanNya, agar kita tidak terbabas atau terleka dengan dunia kita sendiri yang pada kita, ianya suatu kebenaran. Kebenaran tanpa perhitungan..

Adikku…
Kecekalan dan ketabahanmu cukup membuatkan diriku mengagumi dirimu. Apatah lagi keceriaan dan keriangan yang terpancar di raut wajahmu. Sungguh, hadirmu satu Rahmat dari Allah swt. Di waktu ujian datang menerjah, terasa hilang musibah mendengar tawa manja dan kata nasihatmu. Syukur Ila Rabbi, dikurniakan adik sepertimu.

Adikku..
Hidup kita hanya sekali. Adanya yang kedua kali, namun peluang untuk kita sudah tiada lagi. Yang ada hanyalah perhitungan Allah dan destinasi kekal kita yang menanti. Hala tuju kita yang kita ukir sewaktu hayat kita di sini. Maka, waktu inilah kita perlu siapkan diri.. Warnai hala tuju kita di sana… Hitam atau putih segalanya dalam tangan kita... Berjalanlah di bawah panji Islam, barulah nantinya diri kita akan selamat, teratur dan sentiasa yakin tanpa sedikitpun rasa bimbang. Kerana sudah janji Allah dalam kitabNya,

“Dan adapun orang-orang yang berwajah putih berseri, mereka berada dalam rahmat Allah (Syurga), mereka kekal didalamnya” –al Imran:107-


Adikku yang disayangi Allah,
Indahnya dunia dengan Cinta. Bahagianya hidup seseorang kerana Cinta. Tanpa cinta seakan dunia mati. Segala isinya turut sunyi. Manusia seakan membenci kerana tiadanya kasih sayang dalam hati. Lantaran itulah jua Allah berikan 1 dari sifatNya yang Ar-Rahmah. DiberikanNya Ar-Rahmah Wa Mawaddah dalam hati yang kecil. Namun, kerana hati yang kecil itulah dunia tidak mati, hidup kembali berseri, manusia kembali berkasih.. Kerana itulah fitrah manusia terasa ingin disayangi, ingin menyayangi.. Justeru, kasih sayang yang macam mana? Cinta yang bagaimana? Semua itu juga perlu dititik beratkan, agar kasih sayang yang Allah kurniakan itu sentiasa mekar di bawah RedhaNya. Akan bertambah harum wanginya pula kerana kesuciannya. Tiada ternoda oleh tangan-tangan kemungkaran. Maka berputiklah pula kuntuman mawaddah yang lain dalam diri kita. Dengan cinta itu membawa hati kita pada Allah, langkah kita semakin dekat pada Allah swt dan terasa Allah swt sentiasa hadir setiap saat yang ada.

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian.

Adikku...
Kita selongkar hikmah dan ‘ilmu yang tersembunyi. Kita renungi dan hayati setiap yang terjadi. Sama-sama kita muhasabah diri kita atas apa yang terjadi. Mudah-mudahan dengan niat lillah, hati kita akan bertambah rasa kehambaan, akan sentiasa memujiNya.. Betapa ‘ilmu Allah itu Maha Luas, hatta daun yang gugur sekalipun, jika difikir dan dihayati sebab gugurnya... akan dapat memberi kesan pada sekeping hati.. Berfikir itu berdzikir. Ketika mana kita berfikir tentang Allah dan segala yang berkaitan denganNYA, samalah ertinya kita berdzikir.. Berdzkir itu pada lughanya (bahasa) membawa maksud mengingati sedangkan proses berfikir itu juga seiring dengan makna dzikir- “mengingati”. Lantaran itulah juga banyak kalam Allah yang menegaskan kita untuk berfikir. FirmanNya : “ Apakah kamu tidak berfikir?”

Untukmu adikku..,
Semoga dirimu sentiasa dalam keredhaan dan Magfirah Allah swt dalam setiap apa yang adik lakukan. Sentiasa diiringi dengan kemudahan dan pertolongan Allah swt. Semoga menjadi insan yang bertaqwa, yang hatinya sentiasa mengingati akan Agungnya Allah swt. Semoga menjadi anak yang solehah, yang menta’ati ibu bapanya. Utamakanlah ibumu.. utamakanla ibumu.. utamakanlah ibumu dan utamakan ayahmu dalam setiap apa yang adik lakukan.. Jadikanlah ibumu, ayahmu pakar kaunseling dirimu. Andai pengaduanmu pada Allah sudah adik laksanakan, jadikanlah pula ibumu jua ayahmu sebagai penasihatmu.. Jangan sekali-kali sakiti hati mereka. Namun, manusia tak kan terlepas dari kesalahan.. maka bersegeralah memohon keampunan dari mereka. Ketahuilah adikku.. Keredhaan Allah terletak pada redha ibu.. Jadikan dirimu model yang hasanah kepada keluarga, adik-adik yang disayangi... Semoga dirimu menjadi kebanggaan keluarga.



Salam perjuangan dari akak. Wassalamu’alaikum wrt wbt.

Saturday, January 17, 2009

~ Sepi


~ Lahawla wala quwwata illa billah .. Hanya Engkaulah segalanya bagiku. Tiada daya ku melainkanMU Ya Rahim, Ya Rahman.. Andai ini tertulis untukku, Engkau peliharalah hatiku.. Jadikanlah hatiku sentiasa redha atas segala ketentuanMU kerana itu la yang terbaik untukku ..