Sunday, February 15, 2009
Setiap yang hilang pasti akan ada penggantinya.. Walaupun tidak sama, tetapi pengganti itulah yang terbaik dan teristimewa yang tuhan berikan. Sedih atas sesuatu kehilangan itu adalah fitrah. Namun, bersedihan yang keterlaluan itu tidaklah digalakkan dalam Islam. Menangislah, luahkanlah seribu rasa yang terpendam.. Itu juga satu cara menghilangkan resah di hati. Sahabat di sisi jangan diketepikan. Usah segan dan malu meminta pendapat dan nasihat. Kekadang Allah menghantar seseorang di sisi kita sebagai wasilah pertolonganNya. Redakanlah gelojak di dalam hatimu. Jangan sampai terpendam sekian lama. Takut bertukar menjadi dendam pula. Iyya’u zubillahi min zalik.
Senyum.. Usah merasa payah untuk senyum di kala hidup di landa ombak ujian. Hari semakin mendatang. Biarkan yang lalu menjadi sejarah. Namun usah dilupakan segala sengsara kerana ianya adalah suatu pengalaman yang membina. Pengalaman hidup itu adalah antara guru yang terbaik untuk diri. Amat berguna untuk meniti kehidupan yang mendatang. Maka senyum dan binalah hidup yang ceria.. =)
Sentiasalah bersangka baik.. Husnodzon pada apa yang menguji. Sekalipun perit untuk di tanggung, hakikatnya segala yang menguji itu adalah HADIAH dari Allah. Antara berjuta, engkaulah yang terpilih oleh-Nya. Maka seharusnya engkau bersyukur, kerana yang memilihmu bukan calang-calang, tetapi yang Maha Sempurna, Tuhan sekalian alam. SubhanAllah.. ^_^

0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

.jpg)