Thursday, December 25, 2008
Airmata rindu mengalir laju. Kembara musafir kerdil di bumi ini penuh ranjau dan aral. Seringkali aku lupa mengingatiMu dalam kesibukan aktiviti dan perancangan. Aku lupa mengamalkan sunnah dalam kehidupan seharian. Aku rindukan teman yang sering mengetuk hati ke arahMu. Aku rindukan akhlak peribadi mulia. Aku rindukan syurga yang penuh kenikmatan…Tuhanku, aku merindukan saat bertemu denganMu. Tuhanku jadikanlah akal fikiranku, tanganku, mataku, kakiku dan lintasan hatiku berada seiring dengan kehendakMu. Andai aku terleka ketuklah aku, bangunkanlah aku dari lena angan dunia yang menipu…
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

.jpg)